Wednesday 30 October 2013

Bagaimana ALFALFA membantu membanyakkan susu badan?

Alfalfa dikatakan dapat membantu menambahkan penghasilan susu dengan menggalakkan pertumbuhan tisu gladular di sekitar payudara. Daun alfalfa merupakan salah satu herba yang berkhasiat kerana ia mengandungi klorofil, sumber kalsium, magnesium, fosforus, potassium, silikon, zinc dan vitamin A,B1,B2, B3, B5, B6, C,D, E, K dan juga asid amino! 


Daun in mengandungi unsur-unsur estrogen dan anti-fungal. Membantu menambah kesihatan hati, buah pinggang, penghadaman dan menyeimbangkan kandungan gula dalam darah. Secara traditional, alfalfa membantu kelenjar pituitari. Kelenjar inilah yang mengawal hormon susu ibu. Menarik bukan? Saya juga teruja dengan info ini. 

Kandungan mineral daun ini juga seimbang malahan ia mudah diserap oleh badan. Maha suci Allah yang menciptakan setiap sesuatu di atas muka bumi ini. Tidak DIA menjadikan setiap sesuatu itu dengan sia-sia. Pasti ada gunanya. 

Ibu-ibu yang tidak mempunyai masalah penghasilan susu juga boleh mengambil alfalfa sebaga makanan tambahan. Tetapi awas, jangan berlebihan kerana bimbang seandainya anda kurang rajin mengepam/jarang menyusukan akan mengakibatkan bengkak susu. 

Memandangkan setiap apa yang dimakana oleh ibu akan disalurkan kepada bayi, anda disarankan untuk memantau perubahan keatas bayi anda. Seandainya proses penyahtinjaan bayi anda baik-baik saja, go ahead. Sekiranya cirit-birit, kurangkan dos atau anda mungkin mahu to slow down a bit. As for me, Afliq ok saja :) 

Saya sangat berharap agar ibu-ibu di luar sana tidak berputus asa menyusukan bayi anda sendainya susu anda sedikit. Cuba cari punca terlebih dahulu sebelum memperkenalkan bayi anda dengan susu formula. Amin. Checklist di bawah mungkin dapat membantu anda serba sedikit. 
  • tertekan
  • tergesa-gesa
  • penat
  • kurang menyusukan
  • kurang pam
  • kurang meminum air  
  • kedudukan menyusu yang tidak menyelesakan
Selepas mengetahui akan kebaikan alfalfa, saya memastikan diri tidak culas mengambilnya. Untuk memberikan yang terbaik buat anak saya, saya perlu memastikan tubuh badan saya mampu.

Kami di Mama Olin menyediakan makanan tambahan untuk membantu anda meningkatkan produksi susu. Saya sendiri mengamalkan set ini dan Alhamdulillah hasilnya memuaskan. Susu menjadi lebih pekat dan cepat "refill" balik walaupun baru lepas dipam. Afliq kini sudah 1 tahun 6 bulan dan masih menyusu badan. Malah stock frozen EBM masih banyak. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. 


Namun yang paling penting dalam memastikan bekalan susu cukup adalah anda perlu memastikan :

1. Ransangan yang berterusan sama ada secara direct feeding atau pun mengepam. Seeloknya setiap 2-3 jam sekali.

2. Minum cukup air masak, sekurang-kurangnya 2L.

3. Badan yang sihat.

4. Rehat/tidur yang  berkualiti

*Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di Klang, Bukit Raja dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan khidmat kurier ke seluruh Malaysia. Hubungi kami di mamaolins@gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 012-2337598 (Rolin). Jom LIKE FanPage MamaOlin's untuk mengetahui Promosi Shaklee serta TIPS kesihatan terkini. 




No comments:

Post a Comment