Monday 30 June 2014

10 tips mengatasi anak yang tidak mahu makan

Rata-rata ibu bapa akan mengeluh jika mempunyai anak yang memilih makanan.    Itu tak mahu makan, ini tak mahu makan.  Ada anak-anak yang sanggup menyorok bila disuruh makan. Akhirnya mak bapak yang stress bila suruh anak makan. Hehe :) Inilah realitinya anak-anak zaman sekarang. Nak suruh makan pun susah, apatah lagi nak suruh makan makanan berkhasiat contohnya sayur-sayuran. Laju saja mereka lari sambil tutup mulut. Sabaaar je la... Jom saya kongsikan 10 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan selera makan anak anda. 

No. 1: Hormati selera anak anda
Jika anak anda tidak lapar, jangan memaksa mereka untuk makan. Jangan merasuah (dengan berjanji untuk beri jajan dan sebagainya) atau memaksa anak anda untuk makan makanan yang tertentu. Ini mungkin hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Di samping itu, anak anda mungkin merasakan waktu makan adalah sesuatu yang ‘menakutkan’. Hidangkan ‘small portions’ sahaja untuk anak anda untuk mengelakkan mereka merasa ‘terpaksa’ makan.

No. 2: Tetapkan rutin makan anak setiap hari
Sediakan makanan pada  masa yang sama setiap hari. Sediakan jus atau susu dengan makanan,  dan berikan air di antara ‘meal’ dan ‘snack’.Terlalu memberikan jus atau susu sepanjang hari juga salah satu sebab kenapa anak anda kurang selera makan.

No. 3: Berikan anak masa untuk menerima sesuatu makanan baru
Kanak-kanak kecil seringkali menyentuh atau merasa makanan baru, dan mungkin meluahkan semula. Anak anda mungkin perlu menyentuh atau merasa makanan tersebut berulang-ulang kali sebelum dia mengambil gigitan pertama. Galakkan anak anda dengan bercakap tentang warna makanan, bentuk, aroma, dan tekstur – bukan sama ada ia sedap atau tidak. Hidangkan makanan yang baru bersama-sama dengan makanan kegemaran anak anda.

No. 4: Hidangkan makanan yang 'menyeronokkan'
 10 TIPS Untuk Anak Yang Cerewet Makan Atau Picky Eaters.
Hidangkan brokoli dan sayuran lain dengan sos kegemaran mereka. Potong  atau bentuk makanan ke pelbagai bentuk yang menarik .Tak salah jika anda sediakan makanan sarapan pagi sebagai makan malam. Itu lebih baik dari tak makan langsung kan? Hidangkan pelbagai jenis makanan yang berwarna terang untuk menarik perhatian mereka.


No. 5: Minta bantuan anak untuk sama-sama menyediakan makanan
Minta anak anda untuk membantu anda memilih buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang sihat bila anda membeli barang- barang rumah. Jangan beli apa-apa yang anda tidak mahu anak anda makan. Di rumah, galakkan anak anda untuk membantu anda membilasnya sayur-sayuran, mengacau adunan atau menyediakan meja makan.

No. 6: Jadilah contoh tauladan yang baik kepada anak
Anak umpama kain putih. Kita sebagai ibu bapalah yang mencoraknya. Jika kita tunjukkan contoh makan makanan yang sihat dah tentu anak-anak pun akan ikut sama.
  
kids healthy 300x291 10 TIPS Untuk Anak Yang Cerewet Makan Atau Picky Eaters.
No. 7: Ber'kreatif'lah dengan makanan

Hidangkan makanan dalam tujuh warna pelangi dan dihias seperti dimasak chef terkemuka. Setiap ibu adalah chef istimewa untuk keluarga tersayang.

No. 8: Kurangkan gangguan semasa makan
Tutup TV atau apa-apa sahaja yang boleh mengganggu tumpuan anak anda untuk makan. Ini akan membantu anak-anak anda focus terhadap ‘makan’. Selain daripada itu, iklan-iklan di TV juga boleh mempengaruhi anak-anak untuk makan ‘makanan tinggi kandungan gula’ berbanding makan makanan yang ‘sihat’.
No TV  10 TIPS Untuk Anak Yang Cerewet Makan Atau Picky Eaters.


No. 9: Jangan menjanjikan pencuci mulut sebagai hadiah

Jangan janjikan pencuci mulut seperti aiskrim sebagai ‘hadiah’. Ini mungkin hanya meningkatkan keinginan  anak anda untu makan makanan yang manis-manis. Anda boleh menyediakan pencuci mulut 1-2 kali seminggu atau anda boleh gantikan pencuci mulut dengan makanan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan, yogurt dan sebagainya.
no dessert 10 TIPS Untuk Anak Yang Cerewet Makan Atau Picky Eaters.


No. 10: Jangan mudah putus asa

Menyediakan hidangan yang berasingan untuk anak anda selepas dia menolak makanan sesuatu makanan mungkin menggalakkan lagi anak anda menjadi ‘picky eater’.Galakkan anak anda untuk berada di meja untuk waktu makan yang ditetapkan walaupun  dia tidak makan. Teruskan untuk menyediakan pilihan makanan yang sihat sehingga menjadi kebiasaan kepada anak-anak. Apabila anak sudah terbiasa dengan hidangan makanan sedemikian, pasti dia akan makan juga. (Kredit : celikvitamin)

Satu lagi cara mudah, sihat dan berkesan mengatasi masalah 'picky eater' di kalangan kanak-kanak ialah dengan MEAL SHAKES

MEAL SHAKES atasi masalah 'picky eating' kanak-kanak.

Meal Shakes dirumus lengkap dengan 24 vitamin, mineral dan zat perlu. Nutrisinya sangat mudah diserap oleh badan kerana diperbuat daripada bahan semulajadi seperti sayuran, buah-buahan, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan sebagainya. Ramai ibu bapa yang telah mencuba memberikan MEAL SHAKES kepada anak-anak mereka telah dapat melihat perubahan kepada corak pemakanan anak mereka. Kebanyakannya mengatakan anak mereka semakin mudah untuk menerima makanan berkhasiat dan selera makan anak juga bertambah.  Kesannya, kesihatan anak mereka juga bertambah baik. Namun jangan pula anda risau kerana MEAL SHAKES tidak akan menjadikan anak anda obesiti walaupun selera makan mereka bertambah kerana Meal Shakes adalah rendah lemak. Jom lihat apa kata ibu-bapa yang berpuas hati dengan MEAL SHAKES. 

Testimoni MEAL SHAKES : selera makan bertambah

Testimoni MEAL SHAKES : selera makan bertambah

Testimoni MEAL SHAKES : kesihatan bertambah baik

Testimoni MEAL SHAKES : selera makan bertambah

Testimoni MEAL SHAKES : selera makan bertambah & kesihatan meningkat

Testimoni MEAL SHAKES : mengawal dan mengurangkan asma

Testimoni MEAL SHAKES : kesihatan meningkat

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Maklumat lanjut mengenai MEAL SHAKES, jemput baca di sini ya. 

Berikanlah yang terbaik untuk si manja anda kerana tumbesaran dan peningkatan fizikal dan mental mereka bermula dari apa yang mereka makan. 'We are what we eat', setuju? 


Jom order MEAL SHAKES sekarang. Hubungi saya, pengedar Shaklee anda yang peramah dan mesra yang pastinya dapat memberikan konsultansi terbaik untuk anda mengenai kesihatan dan produk Shaklee. 


- 012-2337598 (Rolin)
- mamaolins@gmail.com
- FB page : Mama Olin's


No comments:

Post a Comment