Tuesday 24 June 2014

Anak batuk berkahak. Apa nak buat?

Ibu bapa mana yang tidak risau apabila anaknya mempunyai masalah batuk berkahak. Kahak akan menyebabkan ketidakselesaan kepada kanak-kanak dan boleh mengganggu pernafasan. Ini kerana kanak-kanak tidak pandai mengeluarkan kahak itu. Namun jangan dipandang enteng masalah sebegini kerana terdapat banyak kes bayi atau kanak-kanak yang mengalami batuk berkahak berlarutan sehingga terjadinya masalah yang lebih serius seperti bronkitis dan pneumonia yang boleh mengundang maut. 

Apa yang perlu dilakukan sekiranya anak berkahak? 

1. Sedut kahak
Kebiasaanya doktor akan mengesyorkan untuk melakukan prosedur menyedut kahak sekiranya doktor mendapati terlalu banyak kahak terkumpul di tekak, hidung atau salur trakea kanak-kanak tersebut. Doktor akan memasukkan satu tiup yang sangat halus ke dalam saluran trakea melalui mulut atau hidung kanak-kanak. Menurut doktor prosedure ini tidak menyakitkan kanak-kanak. Namun berdasarkan pengalaman saya sendiri, prosedur ini sangatlah meruntun perasaan hati seorang ibu :( 

My baby boy, Afliq sudah menjalani prosedur ini seawal usianya 6 bulan. Sebelum menjalani prosedur menyedut kahak, dia diberikan nebulizer untuk melonggarkan kahak. 



Afliq sedang diberikan nebulizer untuk melonggarkan kahak. Kesian anak mama :(

2. Fisioterapi tepukan percussion
Doktor juga selalunya akan mengesyorkan ibu bapa untuk menepuk belakang bayi. Teknik tepukan yang dinamakan percussion ini bertujuan untuk melonggarkan kahak. Kebiasaannya bayi akan batuk dan memuntahkan kahaknya selepas tepukan dilakukan. Namun tepukan ini haruskan dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit selepas bayi menyusu atau makan. Pastikan tangan anda berkeadaan seperti dalam gambar di bawah ketika melakukan tepukan untuk mengelakkan rasa sakit pada anak. Bacaan lanjut mengenai percussion technique di sini. 



Keadaan tangan yang betul untuk menepuk belakang kanak-kanak.

3. Sedut stim/wap
Kaedah ini juga dapat membantu mengeluarkan kahak dan hingus kanak-kanak. Letakkan kanak-kanak dalam keadaan meniarap di atas pangku anda dan halakan mukanya di atas sebaldi air panas yang berwap seperti dalam gambar. 

Sedut stim. Kesian baby tu..

Sambil anak menghidu wap, anda boleh tepukkan belakang anak anda secara perlahan-lahan menggunakan kaedah percussion. 

Langkah pencegahan

Yang saya kongsikan tadi adalah apa yang boleh kita lakukan sekiranya anak mengalami masalah berkahak. Namun sebagai ibu bapa yang baik, sepatutnya kita mengambil langkah pencegahan. Bukankah 'mencegah lebih baik dari mengubati'? :)

Saya sendiri telah mula mengambil langkah pencegahan dengan cara memberikan suplemen atau makanan tambahan kepada anak-anak saya. Makanan tambahan saya berikan bertujuan untuk meningkatkan imunisasi badan anak-anak terhadap penyakit. Apabila antibodi badan mereka kuat, InshaAllah susah untuk dijangkiti penyakit. Alhamdulillah sejak memberikan MEALSHAKES, OMEGA GUARD dan CHEWABLE VITAMIN C kepada anak-anak saya, kesihatan mereka telah meningkat. Kesannya nampak ketara pada Afliq. Alhamdulillah Afliq sudah tidak berkahak lagi. Kalau dulu, setiap kali batuk, Afliq sangat mudah demam kerana banyak kahak terkumpul. Malah saya boleh dengar bunyi 'kahak' atau seakan-akan 'wizing' setiap kali Afliq batuk. Syukur kepada Allah, gabungan suplemen ini sangat sesuai untuk Afliq. Pastinya saya akan terus memberikan yang terbaik untuk Afliq. Sebelum ini, biasanya setiap kali 'main air' di swimming pool, hati saya memang sangat risaukan Afliq kerana dia mudah demam. Namun Alhamdulillah, baru-baru ini ketika kami sekeluarga bercuti, Afliq 'main air' sepuas-puasnya dan kekal sihat. Alhamdulillah. 

Boleh makan aiskrim dengan senang hati. Kalau dulu saya risau nak beri Afliq makan aiskrim kerana takut dia akan batuk. Sekarang Alhamdulillah :)

Inilah set yang saya amalkan untuk anak-anak saya. 

Set anak sihat dan pintar : Meal Shakes, Omega Guard dan Chewable Vitamin C

Set ini terdiri daripada: 

MEAL SHAKES 
  • Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal.
  • Sumber protein 
  • Menambah selera makan anak.
  • Anak tidak mudah kerap jatuh sakit.
  • Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa.
  • Mengatasi masalah sembelit kanak-kanak.
  • Sebagai cara untuk menambah berat badan anak.
  • Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat.
  • Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french  vanilla dan teksturnya seperti susu tepung.
  • Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan menjadi obesiti.
  • Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama.
  • Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein.

OMEGA GUARD 
  • Mengandungi DHA & EPA yg bagus utk fungsi otak,saraf & mata
  • Mengelak/mencair kahak



CHEWABLE VITAMIN C
  • memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh
  • membantu memelihara tulang, gigi dan gusi. 
  • memelihara keseluruhan kesihatan


MEALSHAKES, OMEGA GUARD dan CHEWABLE VITAMIN C adalah gabungan terbaik untuk anak-anak saya. Oleh kerana kebaikannya, saya sangat-sangat mengesyorkan anda mencubanya untuk anak-anak anda juga. Semoga dengan bantuan suplemen ini, anak-anak saya dapat membesar sihat dan pintar. Namun yang pastinya semuanya dari Allah juga. Saya sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yang berpanjangan untuk Auni dan Afliq. 

Auni & Afliq, buah hati mama merangkap duta Shaklee mama. Lovesss them :)


Jika anda mementingkan kesihatan anak anda dan mahukan yang terbaik untuk mereka, hubungi saya untuk dapatkan produk HOT ini.

Hp : 012-2337598 (Rolin)
Email : mamaolins@gmail.com
FB page : Mama Olin's

No comments:

Post a Comment