Wednesday 22 April 2015

10 Tips Pemakanan Sihat untuk Diet

Pernah terbaca tak status post di FB Kevin Zahri mengenai diet sihat? Apa Kevin Zahri kata? 


Apa kata Kevin Zahri mengenai diet


"Ingat : Senaman hebat tanpa kawalan diet = no weight lost. TAPI diet yang baik tanpa senaman BOLEH je kurang berat." Kevin Zahri

Haaa, nampak tak betapa pentingnya diet yang sihat? Jadi untuk mereka yang mengamalkan diet sihat, BRAVO untuk anda!!!! Tak perlu senaman pun boleh kurus. Yeayyyy. 

Tapi diet sihat tu macam mana? Apa makanan yang baik untuk diet sihat? Jom saya kongsikan 10 Tips Pemakanan Sihat untuk diet.

1. Makan Makanan Seimbang

Pengambilan pelbagai jenis makanan mengikut panduan piramid makanan perlu ada bagi memastikan kesemua khasiat serta nutrien yang berguna dapat diambil bagi memastikan badan menyerap segala khasiat-khasiat tersebut.
Pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida.
Dengan kata lain: makanan seimbang = diet seimbang.

2. Makan Perlahan-lahan

Makan perlahan-lahan yer

“MAKAN CEPAT!”, biasa kan dengar mak ayah marah anak-anak macam ni? Mungkin kerana mereka tidak sabar menunggu kita menghabiskan makanan kita secepat yang mungkin. Kalau nak diet seimbang tak boleh makan cepat-cepat.
Ramai tidak sedar bahawa makan makanan dengan perlahan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Ia boleh merangsang pengeluaran lebih banyak air liur yang mengandungi enzim emilase yang membantu menghancurkan dan menghadamkan makanan.
Makan perlahan-lahan juga membantu kita mengawal jumlah makanan yang masuk ke dalam perut. Ini penting bagi mereka yang hendak mengurangkan berat badan.

3. Susu Kacang Soya

Siapa tak tahu kebaikan kacang soya angkat tangan!!! =) wuuuhh ramai rupanya yang angkat tangan. Ok meh nak bagitau, kacang ajaib ini telah menjadi bahan tenusu yang baru, iaitu neo-protein untuk diet masakini.

Soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari bagi kedua – dua lelaki dan wanita.
Antara sebabnya ialah kerana ia mempunyai Index Glycemic (GI) yang rendah, ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah daripada meningkat secara cepat. Soya juga merupakan sumber protein  rendah lemak yang membantu membina kandungan otot. Otot penting untuk membantu mempercepat pembakaran kalori dalam badan. Tanpa otot, susahlah kalori nak dibakar = susahlah nak kurangkan berat badan.
Indeks Glisemik vs eating habit

4. Buah-buahan

Buah-buahan merupakan satu keperluan bagi memastikan keperluan tubuh badan kita dipenuhi bagi memastikan kesihatan  tubuh badan kita terjaga dan diet yang seimbang.
Jus buah-buahan khususnya merupakan satu menu yang perlu ada di dalam menu pemakanan kita kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin yang baik untuk tubuh badan kita. (Pssst : paling elok minum jus buah-buahan tanpa gula)
Contohnya jus epal banyak mengandungi megnesium, zat besi dan silikon, potasium, fosfor, sodium, kalsium, belerang, vitamin A, B dan C yang dapat menyembuhkan keradangan pada tubuh.

5. Kurma

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.
Kurma merupakan antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Bayangkan hanya dengan memakan kurma sahaja, ia telah mencukupi untuk membekalkan kita tenaga untuk menjalani kehidupan seharian kita.

6. Daging

Daging juga merupakan satu keperluan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. tetapi, itu tidak bermakna kita boleh memakan dan memilih daging sesuka hati mengikut keperluan kita.
Seharusnya, kita perlu mengelak memakan daging yang boleh meningkatkan tekanan darah kita iaitu daging merah seperti daging lembu.
Daging yang elok untuk kita makan bagi menjaga diet yang seimbang ialah daging putih seperti daging arnab dan kambing baka boer.
Walaupun begitu, kita perlu juga mengawal kuantiti daging yang diambil untuk diet yang seimbang.

7. Madu

Madu merupakan satu menu yang penting di dalam pemakanan kita kerana ia dapat memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
Jika diamalkan minum madu setiap hari, ia akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup, terutamanya kepada mereka yang sedang berdiet.
Madu lebih elok jika digunakan untuk sampingan sarapan agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Bagi mereka yang mahu mengamalkan diet yang sihat, pengambilan madu adalah satu langkah yang bijak dan selamat.

8. Sayur-sayuran

Bagi sesetengah orang, sayur merupakan pilihan terakhir untuk menu pemakanan mereka. Ada juga yang sanggup mengetepikan sayur-sayuran yang terdapat di dalam hidangan mereka setiap kali mereka menjamu selera.
Walaupun begitu, sayur-sayuran merupakan satu hidangan yang popular dikalangan mereka yang ingin berdiet. Ada yang sanggup menjadi “vagetarian”, hanya memakan dan mengambil sayur di dalam hidangan mereka sedangkan mengamalkan diet seperti itu adalah tidak baik untuk kesihatan kita.
Sayur mengandungi kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri.

9. Bubur Gandum & Oat

Bubur Gandum & Oat mengandungi serat larut (soluble fiber) yang boleh menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) anda. Soluble fiber juga boleh ditemui pada makanan lain seperti kacang buncis, epal, buah pir, barli dan buah prun. Serat yang larut diyakini mampu menurunkan penyerapan kolesterol dalam proses pencernaan anda. Mengambil 10 gram lebih serat larut setiap hari dapat menurunkan kadar LDL. Setiap 1 ½ cawan oat yang anda makan mengandungi 6 gram serat. Jika anda tambahkan buah-buahan seperti pisang, anda menambah 4 gram lebih serat.

10. Cuba Tengok Piramid Makanan

Anda mungkin pernah tengok kan piramid makanan ni?
piramid-makanan
Ini boleh jadi asas untuk pemakanan anda. Di Kementerian Kesihatan Malaysia pun ada penerangan beserta diagram yang bermanfaat untuk dapat diet seimbang.
Tapi saya galakkan anda lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran lebih daripada yang di bawah tu kerana kita tak banyak bergerak seperti orang dahulu kala.
Ha itu dia sepuluh tips yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan diet yang seimbang.(sumber)
Nak tahu tak anda juga makanan tambahan yang boleh membantu mempercepatkan dan memudahkan proses penurunan berat badan? 
Bagi yang tak tahu, mari saya perkenalkan kepada anda Cinch
Mari kita mengenali keistimewaan Cinch Shake Shaklee ini:
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis (selazat desert)
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protin eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
  • Terdapat 24 gram protin dalam setiap sajian
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Mengandungi Indeks Glisemik (GI) yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO (Non-GMO), maksudnya sumber soya adalah daripada soya yang tidak diubah secara genetik. Ia diproses menggunakan air, bukan asid bagi mengekalkan sifat semulajadi dan khasiat soya. 
Cinch terdiri daripada 3 perisa yang sangat menyelerakan iaitu Coklat, Latte dan Vanila


Disclaimer : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Paling BEST, Cinch ada promosi besar-besaran sepanjang April 2015. Beli 4 canister Cinch dengan harga 3 canister sahaja. Dengan kata lain, beli 3, PERCUMA 1. Percuma weeiiiii, sapa nak bagi??

Berminat untuk mendapatkan Cinch atau produk Shaklee lain? Jom whatsap Mama Olin di 012-2337598
Jemput like FB page : Mama Olin's
Kami pengedar sah Shaklee. COD sekitar kawasan Klang dan Shah Alam. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak

No comments:

Post a Comment